01 Disember 2010

KUALA LUMPUR BERSELAWAT

Majlis ini akan diadakan pada dua (2) hari; 10 dan 11 Disember 2010.

Majlis akan bermula pada jam 5ptg hingga 11mlm (majlis dihentikan sementara menjelang waktu mahgrib, dan akan disambung pada pukul 9).

Acara majlis :

Hari Pertama
5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad
5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm Layar Mahabbah (AlMawlid, Marjan, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Kedua
5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad
5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak) - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid


Semua muslimin & muslimat dijemput hadir & sebarkan jemputan ini ke seramai yang mungkin.

Read more...

18 November 2010

SUASANA SEPANJANG PROGRAM KORBAN & AQIQAH 1431H/2010M

Suasana sepanjang PROGRAM KORBAN & AQIQAH 1431H / 2010M di MADRASAH BUSTANUL ULUM pada 17 November 2010. Sebanyak 4 ekor lembu telah selamat dikorbankan termasuk seekor lembu sumbangan UMNO KEBUN BUNGA. Para petugas ikhlas bekhidmat tanpa mengira fahaman politik. SYABAS BUAT SEMUA !!!


Read more...

11 November 2010

PETUA MENYEMBELIH HAIWAN

SELAIN MELAKSANAKAN ADAB-ADAB SERTA SYARAT-SYARAT PENYEMBELIHAN SEPERTI DI DALAM SYARA', KITA JUGA BOLEH MENGAMALKAN PETUA MENYEMBELIH HAIWAN YANG DIAMALKAN OLEH TUAN GURU HJ HASHIM, MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN.

1. Supaya daging tidak berlemak;
a) Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut;
a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.
# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.


Read more...

09 November 2010

22 SIFAT BANGSA YAHUDI

Di dalam Alquran ada disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:
1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)


Read more...

31 Oktober 2010

GAMBAR-GAMBAR INI AKAN MEMBUAT ANDA TERASA KERDIL



Pernahkah kita membayangkan betapa luasnya bumi yang kita diami ini? Jika kita belum berkesempatan menjelajah, melihat dan mengunjungi berbagai tempat di seluruh pelosok bumi ini, maka tentulah ia akan terasa sangat luas tak terbatas. Ibarat seorang yang berdiri di pantai dan memandang lautan lepas. Yang terlihat hanyalah biru airnya hingga di hujung penglihatan.

Tetapi sesungguhnya bumi yang kita diami ini hanyalah satu dari sembilann planet yang berada di dalam sistem suria kita. Bersama dengan planet-planet tersebut, ia mengelilingi matahari yang sebenarnya hanyalah satu di antara jutaan bintang di galaksi Bima Sakti. Sementara itu, Bima Sakti hanyalah satu dari jutaan galaksi yang wujud di alam ini.

Beberapa hari yang lalu, kami ada menerima email menarik yang mengandungi gambar-gambar menakjubkan tentang perbandingan besar antara planet dan beberapa bintang. Kami cuba kongsi bersama  melalui blog ini sebagai bahan renungan: Bahwa bumi kita, dan kita sendiri sebagai manusia, tidak ada apa-apanya dibandingkan ciptaan Allah yang lain.

Firman Allah S.W.T :
47. dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.

Perbandingan besar bumi dan planet-planet lain. Tampak betapa kerdilnya bumi dibandingkan dengan planet Jupiter.

Perbandingan besar planet dan matahari. Planet Jupiter yang kelihatan lebih besar daripada bumi tadi ternyata hanyalah ibarat bola ping pong dan bola keranjang apabila di ganding bersama matahari.

Perbandingan besar Matahari dengan bintang-bintang lain. Sirius adalah salah satu bintang paling terang di langit malam.

 Antares mempunyai diameter 700 kali dari Matahari.

Read more...

27 Oktober 2010

KESILAPAN DALAM SOLAT BERJEMAAH YANG SERING DILAKUKAN









Read more...

26 Oktober 2010

PROSES PENDAFTARAN AHLI KARIAH MADRASAH BUSTANUL ULUM

Jawatankuasa Madrasah Bustanul Ulum sedang giat menjalankan proses pendaftaran ahli kariah yang akan tamat pada 3hb November 2010. Kepada masyarakat sekitar yang tinggal berdekatan Madrasah Bustanul Ulum, sila muat turun borang pendaftaran ahli kariah DISINI

Borang yang telah lengkap di isi boleh diserahkan melalui dua cara iaitu:-
a)    Memasukkan ke dalam peti aduan Madrasah Bustanul Ulum yang terletak di setiap pintu pagar Madrasah Bustanul Ulum.
b)    Menghantar melalui emel Madrasah Bustanul Ulum di alamat : info.mbukl@gmail.com




Read more...

07 Oktober 2010

KEMPEN PENYERAHAN FOTO MADRASAH BUSTANUL ULUM

Read more...

06 Oktober 2010

PROGRAM KORBAN & AQIQAH 1431 / 2010





Read more...

03 Oktober 2010

MAJLIS WALIMATUL URUS (ROSNANI RAMLI & AMEERUL IMAN)

Seluruh ahli jawatankuasa MADRASAH BUSTANUL ULUM mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Rosnani Mohd Ramli & Ameerul Iman...semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Read more...

30 September 2010

JOHOR: MASJID SURAM


Johor: Masjid suram
Oleh Mohd Zin Ali

2010/09/29
Persekitaran gelap dan terbiar gagal tarik jemaah Taman Tampoi Indah

TAMPOI: Jika kebanyakan masjid ceria dan diimarahkan jemaah yang mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan, Masjid Taman Tampoi Indah, di sini sebaliknya suram termasuk sepanjang Ramadan lalu berikutan kurangnya aktiviti keagamaan dan persekitaran yang gelap.

Bahkan, kesuraman masjid dan kawasan persekitaran yang gelap menyebabkan ia menjadi tumpuan sekumpulan remaja menjadikan kawasan wakaf di pekarangan masjid itu sebagai tempat untuk bercengkerama dan melakukan maksiat. 

Read more...

27 September 2010

BIOGRAFI IMAM AL BUKHARI

MAQAM IMAM AL BUKHARI

www.Iluvislam.com
dihantar oleh : m16abahmu
editor : almusafirq8

Buta di masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadits. Karyanya menjadi rujukan utama setelah Al Qur’an. Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari Al Ju’fi.

KLIK SINI UNTUK BACA LAGI

Read more...

ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA





ADUN Galas YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah pada 27 September 2010 jam 4.30 petang di Hospital Kampung Baru. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah.



Read more...

MASJID WTC : QUBA' ATAU DHIRAR?

Setelah berjaya melabelkan umat Islam sebagai pengganas menerusi Konspirasi 9/11, tiba-tiba White House memberi lampu hijau untuk pembinaan sebuah masjid berdekatan dengan tapak runtuhan WTC yang berjarak kira-kira 600 kaki.

Read more...

  © Laman Info Madrasah Bustanul Ulum Kuala Lumpur telah direkabentuk oleh Faiz Fayi 2009

Back to TOP